Monday, November 30, 2009

3 orang yang tidak tertolak doanya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ فَوْقَ الْغَمَامِ وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ

Dalam hadis Tirmizi diriwayatkan, dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W memberitahu bahawa ada tiga orang yang sekali-kali tidak tertolak doanya. Mereka adalah orang-orang yang berpuasa hingga berbuka, ketua negara yang adil, dan orang-orang yang teraniaya.

ALLAH menyukai orang-orang yang berpuasa. Maka doa orang-orang yang berpuasa adalah antara doa yang mustajab.

Pemimpin yang adil, ketua negara yang saksama bukan sahaja membawa kebaikan kepada rakyat serta kemakmuran kepada negara, bahkah doa-doa mereka tidak terhijab, dan sangat mustajab. Beruntunglah rakyat sesebuah negeri atau negara yang mempunyai ketua negara yang adil dan beriman kepada ALLAH.

Awas kepada orang-orang yang bersikap zalim dan suka menindas orang lain, samada orang perseorangan, pemimpin politik, ketua sesebuah oganisasi atau sesiapa sahaja. Bahawasanya doa orang-orang yang teraniaya itu akan sampai terus kepada ALLAH tanpa hijab, dan akan diperkenan oleh-Nya. Berwaspadalah daripada melakukan kezaliman sesama manusia. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang zalim.

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP